S Pink Premium Pointer

About Me

My photo
perak, islam, Malaysia
sya suka berangan dan tidur. sya budak baru belajar

jom follow my twitter ..

KAWAN2 BLOG ...

kata-kata indah....

Apabila anda berharap agar Allah SWT senantiasa menganugerahkan kepada anda apa-apa yang anda cintai dan sukai maka hendaklah anda senantiasa menjaga dan melaksanakan apa-apa yang dicintai dan disukai oleh Allah SWT.
(salah seorang ahli hikmah)
free counters

Jom tgok upsi bloggers

Upsi Bloggers

ikan ternakan

Sunday 1 December 2013

#Resepi nasi ayam penyet#

Jom cuba masakan nasi ayam penyet. Aku pun nak try cuti sem ni.. tak sabar nak cuba .. 

Untuk Ayam

1 ekor ayam – potong, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik)
½ sudu besar Jintan Manis 
½ sudu besar Jintan Putih 
3 sudu besar Biji Ketumbar 
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang Putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.

Untuk Sambal

Sedikit minyak masak
10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
3 sudu gula merah/secukup rasa


Untuk Nasi

3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
3 ulas bawang putih
satu btg kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit butter
garam
kiub pati ayam/daging
6 cawan air rebusan ayam 

Cara-cara

Untuk Ayam Penyet
Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Untuk Sambal
Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
Masukkan gula merah dan gaul rata.
Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Untuk Sup
Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Untuk Nasi
Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.





Sedapnya.. yum3x.
Klu aku,aku lebih suka makan dgn tempel sekali.. serius sedap!!





#selamat mencuba# Copy n Paste..

Perkembangan semasaku...

Assalamualaikum .. fuhh lamanya tk update apa2 kat blog. hmm agak2 berapa lama erk.Hampir setahun jugak.huhu.. Masa mencemburui aku la. hmm banyak benda yang telah berubah.Kini aku bukan lagi mahasiswi di UPSI.Kini aku pelatih Juru Xray Terapi di kskb Sungai Buloh,selangor.. hehe mcm tak percaya aku boleh tukar course.Semua tu ketentuan dariNya. Aku bersyukur sekarang kerana berada di sini. Hmm apa2 pun aku tetap merindui pengajian aku di UPSI.. rindunya.. Hmm kawan2 seperjuangku tolong doakan kerjayaan aku. i miss u so much. klu aku masih belajar di UPSI ,skrg aku dah semester 6.semester akhir.. tapi apa2 pun apa yang terjadi mungkin ada hikmahnya. Aku akan terus berdoa , berdoa dan terus berdoa utk menghadapi kehidupan ini. JURUXRAY TERAPI KERJAYAANKU SEKARANG.... Harap dipermudahkan semuanya..Amin.


Gambar pelatih Juru xray terapi



 Macam comey jer,macam cute jer.hihi


Monday 3 December 2012

maksud ayat kursi dan fadilatnya ...




maksudnya 


“Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Maha Kekal lagi terus menerus mengurus makhlukNya, tidak mengantuk dan tidak tidur KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izinNya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang meraka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi, Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”  (QS : Al-Baqarah : 255)


Kelebihan ayat kursi 

1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sholat fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, insyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.

2. Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

3. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, Insya-Allah, Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

4. Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.

5. Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

6. Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

7. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

8. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

9. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

10. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

11. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu sebaiknya anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

12. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

13. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sholat yang lain.

14. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sholat, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

15. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap solat Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi-nabi juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

16. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

17. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

18. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r.a.

                                                     
>>  selamat beramal <<



Friday 23 November 2012

Mengenali golongan syiah ..

Hari ini, kita melihat umat Islam yang berlainan fahaman dan pegangan secara zahirnya adalah sama. Mereka solat, mereka menunaikan zaat dan fardu haji, sama seperti yang lainnya. Tetapi tahukah kita bahawa ada segelintir umat Islam sebenarnya jauh ‘tersasar’ daripada mengikut acuan ISLAM yang telah dibawa oleh Rasulullah saw ratusan tahun yang lalu?

Selaku umat islam yang hidup diakhir zaman ini, amatlah penting bagi kita untuk mengenali dan mengetahui fahaman dan pegangan sebenar segelintir golongan yang mana amat berkait rapat dengan soal aqidah dan penetapan syariat yang sebenar. Tanpa ilmu, kita bukan sahaja terdedah kepada perancangan jahat kaum Kafir dan Musyrik , tetapi apabila kita mentaqlid(yakni berpegang dengan pendapat orang lain tanpa mengetahui dalilnya) sahaja, dengan mudahnya pegangan Islam yang ada pada kita selama hari ini boleh goyah dan runtuh bila-bila masa sahaja!

SIAPA MEREKA..?

Golongan yang berpegang dengan fahaman Syiah ini ialah segolongan umat Islam yang menyatakan bahawa Saidina Ali bin Abi Talib adalah lebih utama daripada seluruh sahabat dan lebih berhak untuk memegang tampuk kepimpinan kaum muslimin, begitu juga halnya dengan seluruh keturunan dan anak cucu sepeninggalan beliau.

Golongan ini telah muncul di akhir-akhir zaman pemerintahan khalifah ketiga, Saidina Uthman bin Al Affan ra dan semakin berkembang di zaman pemerintahan Saidina Ali bin Abi Talib kw. Pada hari ini antara negara-negara yang menjadi pendukung kuat golongan ini ialah Iran, Iraq, Afghanistan dan selainya.

Berikut merupakan beberapa prinsip (pegangan) golongan ini yang jelas menunjukkan bahawa ianya amat merbahaya terhadap iman dan aqidah sebenar yang dibawa oleh agama Islam.

1)Imamah (Kepimpinan Umat)

Mereka mendakwa imamah  ini adalah hak Saidina Ali bin Abi Talib dan keturunannya sahaja. Adapun, para sahabat Rasulullah saw yang lain seperti Saidina Abu Bakar, Umar dan Uthmanr.a adalah dianggap sebagai perampas kekuasaan tersebut. Sebab itulah, para ulama’ mereka pada hari ini sangat lantang dan keras dalam menghina dan mengaibkan para sahabat Rasulullah saw menerusi khutbah-khutbah mereka secara terbuka!

Rasulullah saw seperti sudah mengetahui akan perihal umat Islam yang akan berlaku di akhir zaman ini. Mencela dan mengaibkan para sahabat baginda saw adalah suatu perkara yang dilarang keras oleh Nabi saw di dalam hadithnya yang bermaksud : [Barangsiapa yang mencela sahabat ku, ia akan mendapat laknat Allah, Malaikat dan seluruh manusia ] HR Tabrani

[Janganlah kalian mencela sahabat-sahabatku. Demi jiwaku yang berada ditangan Nya,sekalipun salah seorang dari kalian menginfakkan emas sebesar gunung Uhud, tetap tidak akan dapat mencapai kebaikan salah seorang dari mereka dan tidak pula separuhnya]Muttafaqun Alaih


Sebagai bukti kecintaan mereka yang mendalam terhadap para ahli bait Rasulullah saw khususnya Saidina Ali kw, Saidina Hasan dan Husin beginilah ritual yang mereka adakan saban tahun pada hari Asyura. Mereka akan memukul,mencederakan diri sendiri dan melumurkan darah sebagai tanda kesedihan dan memperingati peristiwa pembunuhan ahli bait Rasulullah saw.

 

2)Maksum

Mereka mempercayai bahawa imam-imam mereka adalah maksum (terpelihara daripada melakukan dosa besar mahupun kecil) sedangkan sepertimana yang kita maklum, hanya Rasulullah saw dan pesuruh-pesuruh Allah swt sahajalah yang diberi keistimewaan tersebut. Adapun imam-imam mereka hanyalah manusia biasa yang tentunya tidak terlepas daripada melakukan khilaf dan kesilapan.

Pemimpin besar Syiah berkata di dalam kitab mereka Al Hukuumatu Al Islamiah : 'Dan sesungguhnya yang terpenting di dalam mazhab kami adalah sesungguhnya imam-imam kami mempunyai maqam (kedudukan) yang tidak mungkin dicapai oleh Malaikat yang muqarrab (dekat), begitu juga dengan Nabi-nabi yang pernah diutus'



 3)Raj’ah

Di antara prinsip Syi'ah yang terpenting dan menjadi salah satu asas agama mereka adalah aqidah raj'ah, iaitu keyakinan hidup kembali di dunia ini sesudah mati, atau kebangkitan orang-orang yang telah mati di dunia.Peristiwa ini kononnya akan terjadi ketika Imam Mahdi mereka bangkit dan bangun dari tidur panjangnya yang sampai sekarang telah seribu tahun lebih (kerana selama ini ia bersembunyi di dalam gua). Kemudian dihidupkanlah kembali seluruh imam mereka dari yang pertama sampai yang terakhir tanpa terkecuali Rasulullah sawdan puteri beliau Fatimah ra. Kemudian dihidupkan kembali pula musuh-musuh Syi'ah yang terdahulu yakni Abu Bakar, Umar, Uthman dan seluruh sahabat. Dan seterusnya mereka semua akan diadili, kemudian disiksa di depan Rasulullah saw karena telah menzalimi ahlul bait dan merampas imamah.

4) Taqiyyah

Berkata Mufid dalam kitabnya Tashhiihal-I'tiqaad, menerangkan pengertian taqiyah dikalangan Syi'ah:"Taqiyah adalah menyembunyikan kebenaran dan menutupi keyakinannya, serta menyembunyikannya dari orang-orang yang berbeza dengan mereka dan tidak menampakkannya kepada orang lain kerana dikhuatirkan akan berbahaya terhadap aqidah dan dunianya'' . Ringkasnya, taqiyah adalah berdusta untuk menjaga rahsia. Oleh sebab itulah agak sukar untuk kita mengenalpasti mereka yang menganut fahaman ini dikalangan umat Islam.

5) Nikah Mut’ah

Syariat Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw telah mengharamkan nikah Mut’ah yang pernah dibolehkan suatu ketika dahulu. Ini kerana perkahwinan seperti ini secara zahirnya amat merendahkan martabat kaum wanita dan mencemar kesucian agama Islam itu sendiri. Adapun begitu, golongan Syiah sehingga hari ini dengan beraninya membolehkan kesonsangan ini terus berlaku yang mana tidak ubahlah seperti membolehkan maksiat zina berleluasa dan perempuan tidak lain hanya dilayan seperti seorang pelacur!

Untuk pernikahan ini dilakukan, antara syarat yang ditetapkan agar ia menjadi ‘sah’ adalah seperti :

*Perkawinan ini cukup dengan akad (persetujuan) antara dua orang yang ingin bersenang- senang (mut’ah) tanpa ada para saksi!
*Lelaki tersebut bebas daripada beban nafkah!
*Boleh bersenang-senang (tamattu') dengan para wanita tanpa bilangan tertentu, sekalipun dengan seribu wanita!
*Isteri atau pasangan wanita tidak memiliki hak waris.
*Tidak disyaratkan mendapatkan izin bapa atau wali perempuan.
*Lamanya kontrak kawin mut’ah boleh beberapa detik saja atau lebih dari itu!
*Wanita yang dinikmati (dimut’ah) statusnya sama dengan wanita sewaan atau budak!

Prinsip-prinsip yang disebutkan di atas hanyalah sebahagian daripada pegangan golongan ini. Adapun cukuplah setakat ini yang disebutkan untuk kita sama-sama menyedari dan memahami bahawa golongan ini jelas sekali amat merbahaya untuk umat Islam.

Apa yang kita khuatiri hari ini adalah apabila fahaman tadi cuba diserap masuk ke dalam negara kita Malaysia. Ya, mungkin benar mereka akan mendakwa bahawa fahaman Syiah yang mereka pegang adalah berbeza dan tidak sama lansung dengan ciri-ciri yang disebutkan tadi. Tetapi, fahamilah bahawasanya segala fatwa yang dikeluarkan berbentuk tegahan dan larangan untuk menyebarkan fahaman ini adalah demi menjaga Islam itu sendiri dan umat Islam khususnya.

Sedar atau tidak, realitinya bibit-bibit fahaman yang boleh merosakkan aqidah umat Islam ini sudah mula menjalar ke seluruh negara. Lantas tindakan pihak berwajib dalam memberi kesedaran dan kefahaman untuk orang ramai dilihat merupakan satu inisiatif yang amat wajar dan perlu diteruskan.

Wallahu a'alam..

Rujukan kitab : Al Mukhtasar al Mufid fil Firqul Islamiah dan Syiah Bukan Islam


Sumber >>>>> http://azlinahabdulgani.blogspot.com/2011/12/mengenali-golongan-syiah.html

Saturday 29 September 2012

Tanda lahir bayi semasa kelahiran..

Assalam ,lama berbenar aku tak post apa2 kan .. hehe .. hari ini aku nak kongsi tentang tanda-tanda lahir yang ada pada bayi.. nak tahu tak?? antara tanda-tandanya ialah

 - Tanda salmon/stork @ tompok kecil 
Tompok merah jambu dan akan hilang dalam tahun pertama kelahiran. 

-Tanda port wine 
Tompok merah gelap di muka dan tidak akan hilang. 

-Tompok strawbery 
Tompok merah yang membesar dan akan hilang pada usia 5 tahun 

 -Mongolian blue 
Tompok biru tua.Selalu berlaku pada bayi berkulir gelap dan akan hilang pada tahun pertama kelahiran. 

 contoh2 tanda-tanda lahir pada bayi.




Mongolian blue


Pork wine

Monday 10 September 2012

cara mengatasi kembung perut untuk baYi ..

Kembung perut sering berlaku kepada bayi.Biasanya bayi akan meragam jika mengalami kembung perut.Jdi saya akan menerangkan cara mengatasi kembung perut kepada bayi.Terdapat beberapa cara, antaranya ialah 


1. Ibubapa atau pengasuh perlu peluk bayi menggunakan sebelah tangan dan meletakkan kepalanya ke bahu dan tepuk belakangnya perlahan-lahan. Selepas itu sapukan dan usapkan minyak telon ataun minyak kayu putih pada perut bayi. Cara ini dapat mencegah kembung perut pada bayi. Lakukan cara ini sebaik sahaja selepas mandi sebelum dipakaikan baju. 

2. Tiarapkan bayi dengan meletakkan perutnya di atas lutut dan gosok belakangnya dengan lembut sambil menghayun atau mengenjut lutut secara perlahan-lahan. Telentangkan bayi, angkat ke hadapan dan ke belakang seperti mengayuh basikal sehingga lututnya rapat ke perut. Aktiviti ini dapat mengeluarkan angin di dalam badan bayi dengan baik. 


3. Tudukkan bayi di atas pangkuan, angkat kepala bayi, rehatkan dagunya di atas lengan dan tepuk atau gosok belakangnya perlahan-lahan. Pegang bayi dalam keadaan tertiarap di atas lengan dengan kepalanya di atas tapak tangan. Letakkan bayi anda dengan mukanya menghadap riba dan gosokkan belakangnya. Pegang bayi dalam posisi duduk di tengah-tengah paha. Letak sebelah tangan di belakangnya.Jika bayi menangis seperti dalam kesakitan, ibubapa atau pengasuh hendaklah mendapatkan nasihat daripada doktor. 


4. Ibubapa atau pengasuh hendaklah menggunakan saiz puting yang sesuai semasa penyusuan. Puting yang sesuai dengan umur bayi dapat mengelakkan angin masuk ke dalam puting. Puting yang besar dapat mengundang angin masuk ke dalam puting. Pemilihan saiz yang bersesuaian dapat mengelakkan bayi daripada tersedut angin ketika menyusu.


5. Sendawakan bayi selepas penyusuan.Selepas penyusuan, tiarapkan bayi di peha ibu dan tepuk-tepuk badan belakang bayi secara perlahan-lahan untuk mengeluarkan angin dalam badan bayi. 


6. Cara terakhir ialah dengan meletakkan bayi dikepala kita sambil memusing beberapa saat, hal ini juga dapat mengelakkan bayi kembung perut. 


 >> selamat mencuba,jika masalah berlanjutan silalah berjumpa doktor << ^^

Friday 7 September 2012

miMpi YanG tiDak keSamPaian ..

Hari ni aku nak meluahkan perasaan tentang impian atau keinginan aku nakkan sesuatu tapi tidak kesampaian mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi..Allah SWT maha mengetahui .. aku bersyukur dengan nikmat yang diberi olehNya...

Bila mengingati perkara yang aku inginkan tu ..hati aku rasa pedih dan sakit sangat-sangat.Aku nak sangat benda tu tapi apa boleh buat nasib tak menyebelahi aku atau memang takdir aku macam ni ..Aku rasa kecewa dan putus asa bila jadi macam ni..kenapa aku sering mengingatinya hingga terbawa dalam mimpi-mimpi aku.. ahh peritnya rasa....Bagaimana aku nak atasinya .. aku rasa tak berdaya dan sering lemah dalam menjalani kehidupan harian aku....

Aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa agar hatiku tak sakit dan kecewa lagi..aku cuba gagah dan kuatkan diri menjalani hari-hari mendatang.Aku tahu semua nya adalah ketentuan dariNya.. aku pasrah dan reda ...dan akan aku matikan perasaan yang sakit ini demi keluargaku ...Moga Allah swt memudahkan segala urusan aku..Amin ya rabbal alamin .. moga aku tabah hadapinya .. :)




p/s : aku percaya Allah swt sentiasa bersamaku ..>>