S Pink Premium Pointer

About Me

My photo
perak, islam, Malaysia
sya suka berangan dan tidur. sya budak baru belajar

jom follow my twitter ..

KAWAN2 BLOG ...

kata-kata indah....

Apabila anda berharap agar Allah SWT senantiasa menganugerahkan kepada anda apa-apa yang anda cintai dan sukai maka hendaklah anda senantiasa menjaga dan melaksanakan apa-apa yang dicintai dan disukai oleh Allah SWT.
(salah seorang ahli hikmah)
free counters

Jom tgok upsi bloggers

Upsi Bloggers

ikan ternakan

Monday, 10 September 2012

cara mengatasi kembung perut untuk baYi ..

Kembung perut sering berlaku kepada bayi.Biasanya bayi akan meragam jika mengalami kembung perut.Jdi saya akan menerangkan cara mengatasi kembung perut kepada bayi.Terdapat beberapa cara, antaranya ialah 


1. Ibubapa atau pengasuh perlu peluk bayi menggunakan sebelah tangan dan meletakkan kepalanya ke bahu dan tepuk belakangnya perlahan-lahan. Selepas itu sapukan dan usapkan minyak telon ataun minyak kayu putih pada perut bayi. Cara ini dapat mencegah kembung perut pada bayi. Lakukan cara ini sebaik sahaja selepas mandi sebelum dipakaikan baju. 

2. Tiarapkan bayi dengan meletakkan perutnya di atas lutut dan gosok belakangnya dengan lembut sambil menghayun atau mengenjut lutut secara perlahan-lahan. Telentangkan bayi, angkat ke hadapan dan ke belakang seperti mengayuh basikal sehingga lututnya rapat ke perut. Aktiviti ini dapat mengeluarkan angin di dalam badan bayi dengan baik. 


3. Tudukkan bayi di atas pangkuan, angkat kepala bayi, rehatkan dagunya di atas lengan dan tepuk atau gosok belakangnya perlahan-lahan. Pegang bayi dalam keadaan tertiarap di atas lengan dengan kepalanya di atas tapak tangan. Letakkan bayi anda dengan mukanya menghadap riba dan gosokkan belakangnya. Pegang bayi dalam posisi duduk di tengah-tengah paha. Letak sebelah tangan di belakangnya.Jika bayi menangis seperti dalam kesakitan, ibubapa atau pengasuh hendaklah mendapatkan nasihat daripada doktor. 


4. Ibubapa atau pengasuh hendaklah menggunakan saiz puting yang sesuai semasa penyusuan. Puting yang sesuai dengan umur bayi dapat mengelakkan angin masuk ke dalam puting. Puting yang besar dapat mengundang angin masuk ke dalam puting. Pemilihan saiz yang bersesuaian dapat mengelakkan bayi daripada tersedut angin ketika menyusu.


5. Sendawakan bayi selepas penyusuan.Selepas penyusuan, tiarapkan bayi di peha ibu dan tepuk-tepuk badan belakang bayi secara perlahan-lahan untuk mengeluarkan angin dalam badan bayi. 


6. Cara terakhir ialah dengan meletakkan bayi dikepala kita sambil memusing beberapa saat, hal ini juga dapat mengelakkan bayi kembung perut. 


 >> selamat mencuba,jika masalah berlanjutan silalah berjumpa doktor << ^^

2 comments:

  1. salam perkenalan,

    fatin zaini singgah pagi di blog anda dan terus follow..

    keep on blogging, dear :)

    http://www.fatinzaini.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan jugk .. trma kasih .. i follow u back k. blog awk sgt menarik .. i like :)

      Delete