S Pink Premium Pointer

About Me

My photo
perak, islam, Malaysia
sya suka berangan dan tidur. sya budak baru belajar

jom follow my twitter ..

KAWAN2 BLOG ...

kata-kata indah....

Apabila anda berharap agar Allah SWT senantiasa menganugerahkan kepada anda apa-apa yang anda cintai dan sukai maka hendaklah anda senantiasa menjaga dan melaksanakan apa-apa yang dicintai dan disukai oleh Allah SWT.
(salah seorang ahli hikmah)

Jom tgok upsi bloggers

Upsi Bloggers

ikan ternakan

Sunday, 1 December 2013

#Resepi nasi ayam penyet#

Jom cuba masakan nasi ayam penyet. Aku pun nak try cuti sem ni.. tak sabar nak cuba .. 

Untuk Ayam

1 ekor ayam – potong, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik)
½ sudu besar Jintan Manis 
½ sudu besar Jintan Putih 
3 sudu besar Biji Ketumbar 
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang Putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.

Untuk Sambal

Sedikit minyak masak
10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
3 sudu gula merah/secukup rasa


Untuk Nasi

3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
3 ulas bawang putih
satu btg kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit butter
garam
kiub pati ayam/daging
6 cawan air rebusan ayam 

Cara-cara

Untuk Ayam Penyet
Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Untuk Sambal
Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
Masukkan gula merah dan gaul rata.
Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Untuk Sup
Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Untuk Nasi
Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.





Sedapnya.. yum3x.
Klu aku,aku lebih suka makan dgn tempel sekali.. serius sedap!!





#selamat mencuba# Copy n Paste..

Perkembangan semasaku...

Assalamualaikum .. fuhh lamanya tk update apa2 kat blog. hmm agak2 berapa lama erk.Hampir setahun jugak.huhu.. Masa mencemburui aku la. hmm banyak benda yang telah berubah.Kini aku bukan lagi mahasiswi di UPSI.Kini aku pelatih Juru Xray Terapi di kskb Sungai Buloh,selangor.. hehe mcm tak percaya aku boleh tukar course.Semua tu ketentuan dariNya. Aku bersyukur sekarang kerana berada di sini. Hmm apa2 pun aku tetap merindui pengajian aku di UPSI.. rindunya.. Hmm kawan2 seperjuangku tolong doakan kerjayaan aku. i miss u so much. klu aku masih belajar di UPSI ,skrg aku dah semester 6.semester akhir.. tapi apa2 pun apa yang terjadi mungkin ada hikmahnya. Aku akan terus berdoa , berdoa dan terus berdoa utk menghadapi kehidupan ini. JURUXRAY TERAPI KERJAYAANKU SEKARANG.... Harap dipermudahkan semuanya..Amin.


Gambar pelatih Juru xray terapi



 Macam comey jer,macam cute jer.hihi