maksudnya
“Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia
yang Maha Kekal lagi terus menerus mengurus makhlukNya, tidak mengantuk dan
tidak tidur KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat
memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izinNya? Allah mengetahui apa-apa yang di
hadapan mereka dan di belakang meraka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari
ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan
bumi, Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi
lagi Maha Besar.” (QS : Al-Baqarah : 255)
Kelebihan ayat kursi
1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi
dengan khusyuk setiap kali selepas sholat fardhu, setiap pagi dan petang,
setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, insyaAllah akan
terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas
yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga
akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.
2. Mengikut keterangan dari kitab
"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari
sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan
rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang
akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
3. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan,
siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan
kemudian diminumnya, Insya-Allah, Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta
memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
4. Rasullullah s.a.w. bersabda
bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya.
5. Sabda baginda lagi; "Umatku
yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang
sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan
pembesar."
6. Orang yang selalu membaca ayat
Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
7. Mereka yang beramal dengan bacaan
ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan
serta hasutan syaitan.
8. Pengamal ayat Kursi juga, dengan
izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi
benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
9. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga
akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
10. Ayat Kursi yang dibaca dengan
penuh khusyuk, insya-Allah akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
11. Jika anda berpindah ke rumah baru
maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu sebaiknya anda membaca ayat
Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada
gangguan lahir dan batin.
12. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh.
13. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga
sholat yang lain.
14. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
di akhir tiap sholat, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali
maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan
dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.
15. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
diakhir tiap-tiap solat Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang
bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi-nabi juga Allah melimpahkan
padanya rahmat.
16. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya,
mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
17. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya
dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati
syahid.
18. Barang siapa yang membaca ayat
al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan
kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r.a.
>> selamat beramal <<
No comments:
Post a Comment