S Pink Premium Pointer

About Me

My photo
perak, islam, Malaysia
sya suka berangan dan tidur. sya budak baru belajar

jom follow my twitter ..

KAWAN2 BLOG ...

kata-kata indah....

Apabila anda berharap agar Allah SWT senantiasa menganugerahkan kepada anda apa-apa yang anda cintai dan sukai maka hendaklah anda senantiasa menjaga dan melaksanakan apa-apa yang dicintai dan disukai oleh Allah SWT.
(salah seorang ahli hikmah)
free counters

Jom tgok upsi bloggers

Upsi Bloggers

ikan ternakan

Saturday, 29 September 2012

Tanda lahir bayi semasa kelahiran..

Assalam ,lama berbenar aku tak post apa2 kan .. hehe .. hari ini aku nak kongsi tentang tanda-tanda lahir yang ada pada bayi.. nak tahu tak?? antara tanda-tandanya ialah

 - Tanda salmon/stork @ tompok kecil 
Tompok merah jambu dan akan hilang dalam tahun pertama kelahiran. 

-Tanda port wine 
Tompok merah gelap di muka dan tidak akan hilang. 

-Tompok strawbery 
Tompok merah yang membesar dan akan hilang pada usia 5 tahun 

 -Mongolian blue 
Tompok biru tua.Selalu berlaku pada bayi berkulir gelap dan akan hilang pada tahun pertama kelahiran. 

 contoh2 tanda-tanda lahir pada bayi.




Mongolian blue


Pork wine

Monday, 10 September 2012

cara mengatasi kembung perut untuk baYi ..

Kembung perut sering berlaku kepada bayi.Biasanya bayi akan meragam jika mengalami kembung perut.Jdi saya akan menerangkan cara mengatasi kembung perut kepada bayi.Terdapat beberapa cara, antaranya ialah 


1. Ibubapa atau pengasuh perlu peluk bayi menggunakan sebelah tangan dan meletakkan kepalanya ke bahu dan tepuk belakangnya perlahan-lahan. Selepas itu sapukan dan usapkan minyak telon ataun minyak kayu putih pada perut bayi. Cara ini dapat mencegah kembung perut pada bayi. Lakukan cara ini sebaik sahaja selepas mandi sebelum dipakaikan baju. 

2. Tiarapkan bayi dengan meletakkan perutnya di atas lutut dan gosok belakangnya dengan lembut sambil menghayun atau mengenjut lutut secara perlahan-lahan. Telentangkan bayi, angkat ke hadapan dan ke belakang seperti mengayuh basikal sehingga lututnya rapat ke perut. Aktiviti ini dapat mengeluarkan angin di dalam badan bayi dengan baik. 


3. Tudukkan bayi di atas pangkuan, angkat kepala bayi, rehatkan dagunya di atas lengan dan tepuk atau gosok belakangnya perlahan-lahan. Pegang bayi dalam keadaan tertiarap di atas lengan dengan kepalanya di atas tapak tangan. Letakkan bayi anda dengan mukanya menghadap riba dan gosokkan belakangnya. Pegang bayi dalam posisi duduk di tengah-tengah paha. Letak sebelah tangan di belakangnya.Jika bayi menangis seperti dalam kesakitan, ibubapa atau pengasuh hendaklah mendapatkan nasihat daripada doktor. 


4. Ibubapa atau pengasuh hendaklah menggunakan saiz puting yang sesuai semasa penyusuan. Puting yang sesuai dengan umur bayi dapat mengelakkan angin masuk ke dalam puting. Puting yang besar dapat mengundang angin masuk ke dalam puting. Pemilihan saiz yang bersesuaian dapat mengelakkan bayi daripada tersedut angin ketika menyusu.


5. Sendawakan bayi selepas penyusuan.Selepas penyusuan, tiarapkan bayi di peha ibu dan tepuk-tepuk badan belakang bayi secara perlahan-lahan untuk mengeluarkan angin dalam badan bayi. 


6. Cara terakhir ialah dengan meletakkan bayi dikepala kita sambil memusing beberapa saat, hal ini juga dapat mengelakkan bayi kembung perut. 


 >> selamat mencuba,jika masalah berlanjutan silalah berjumpa doktor << ^^

Friday, 7 September 2012

miMpi YanG tiDak keSamPaian ..

Hari ni aku nak meluahkan perasaan tentang impian atau keinginan aku nakkan sesuatu tapi tidak kesampaian mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi..Allah SWT maha mengetahui .. aku bersyukur dengan nikmat yang diberi olehNya...

Bila mengingati perkara yang aku inginkan tu ..hati aku rasa pedih dan sakit sangat-sangat.Aku nak sangat benda tu tapi apa boleh buat nasib tak menyebelahi aku atau memang takdir aku macam ni ..Aku rasa kecewa dan putus asa bila jadi macam ni..kenapa aku sering mengingatinya hingga terbawa dalam mimpi-mimpi aku.. ahh peritnya rasa....Bagaimana aku nak atasinya .. aku rasa tak berdaya dan sering lemah dalam menjalani kehidupan harian aku....

Aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa agar hatiku tak sakit dan kecewa lagi..aku cuba gagah dan kuatkan diri menjalani hari-hari mendatang.Aku tahu semua nya adalah ketentuan dariNya.. aku pasrah dan reda ...dan akan aku matikan perasaan yang sakit ini demi keluargaku ...Moga Allah swt memudahkan segala urusan aku..Amin ya rabbal alamin .. moga aku tabah hadapinya .. :)




p/s : aku percaya Allah swt sentiasa bersamaku ..>>