Jom cuba masakan nasi ayam penyet. Aku pun nak try cuti sem ni.. tak sabar nak cuba ..
Untuk Ayam
Untuk Ayam
1 ekor ayam – potong, rebus selama 10 minit
dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk
masak nasik)
½ sudu besar Jintan Manis
½ sudu besar Jintan Putih
3 sudu besar Biji Ketumbar
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang Putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.
Untuk Sambal
Sedikit minyak masak
10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
3 sudu gula merah/secukup rasa
Untuk Nasi
3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
3 ulas bawang putih
satu btg kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit butter
garam
kiub pati ayam/daging
6 cawan air rebusan ayam
Cara-cara
Untuk Ayam Penyet
Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam
pengisar, kisar hingga halus.
Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap
semalaman.-perap lama2 cenggini best.
(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe
dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung
beras.
Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
Untuk Sambal
Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga
garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah
layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu
bilik.
Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu.
Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan
panaskan.
Masukkan gula merah dan gaul rata.
Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah
jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan
sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
Untuk Sup
Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite
tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup
bunjut kalo ade).
Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup
dan daun bawang pada sup semasa disajikan.
Untuk Nasi
Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga
lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5
minit.
Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging.
Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.
Sedapnya.. yum3x.
Klu aku,aku lebih suka makan dgn tempel sekali.. serius sedap!!
#selamat mencuba# Copy n Paste..