Sebab-sebab bayi tersedak susu
1. Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka.
2. Lubang puting botol yang terlalu besar, menyebabkan susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur.
3. Tabiat ibu bapa meletakkan bantal atau kain untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi keseorangan.
4. Kedudukan bayi semasa minum susu yang salah.
Cara yang betul memberi minum susu kepada bayi
1. Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.
2. Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi.
3. Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.
4. Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan.
5. Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur.
Cara rawatan jikalau bayi tersedak susu
1. Tiarapkan bayi kemudian tepuk belakang badan beberapa kali sehingga cecair atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasannya keluar.
2. Keluarkan sebarang bendasing di dalam mulut bayi.
3. Duduk dalam keadaan menghadap kehadapan.
4. Tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan.
5. Selain itu, tekan di bahagian perut bayi ketika bayi dibaringkan.
6. Kemudian tekan dan picit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua ibu jari sehingga bayi dapat bernafas semula.
( sayangilah kanak-kanak)
Sunday, 26 February 2012
Wednesday, 22 February 2012
cara berinteraksi dengan kanak-kanak untuk merangsang minda mereka berfikir
Assalamualaikum ,dah lama benar sya tak update blog ni ..hihi ..maklum lah hidup sebagai mahasiswa membuat saya jadi sibuk .. hari ini saya nak cerita tentang cara-cara berinterasi dengan kanak-kanak semasa mereka mandi bagi merangsang mereka berfikir secara logik. kenapa saya memilih tajuk ini?? sebab mungkin dapat kongsi maklumat dengan anda di luar sana .
cara berinteraksi dengan kanak-kanak semasa mandi. Saya membahagi kepada 3 iaitu sebelum,semasa dan selepas mandi.
sebelum mandi
contoh ayat :
'lepas bangun pagi kita perlu buat apa?’
‘Sebelum mandi kita perlu ambil apa ya?’
‘kita kena mandi tiga kali sehari, kenapa kambing tak mandi ya,cuba teka?’
• Hal ini dapat merangsang kanak-kanak berinteraksi dan berfikir secara munasabah.
contoh ayat :
‘ kalau kita tak mandi nanti mesti busuk kan’.
‘kita perlu guna apa ya untuk bersihkan badan?’
• Hal ini merangsang mereka untuk berfikir .
selepas mandi
contoh ayat :
‘wanginya,lepas mandi kita perlu buat apa ya?’
‘Kenapa kita perlu sangkut tuala adik-adik?’
• Hal ini dapat merangsang kanak-kanak berfikir secara logik dan kreatif .
Maklumat tambahan
• Pengasuh atau guru tidak boleh membantu kanak-kanak tersebut berinteraksi, contohnya ‘ kita makan buah apa ya?’ ,pengasuh atau guru cuba membantu seperti buah temmm….
• Jangan memberi klue atau pertunjuk kepada kanak-kanak kerana hal ini menjadikan kanak-kanak tersebut tidak dapat merangsang minda kanak-kanak untuk berfikir.
Subscribe to:
Posts (Atom)